Jangan terfikir nak bermadu selagi tak faham perkara-perkara ni !

ADAB DALAM BERUMAHTANGGA

Ketika mana sakit Nabi SAW semakin berat, beliau bertanya kepada isterinya “di mana giliranku esok? Di mana giliranku esok?”. Mereka pun memahami maksudnya, sehingga beliau diizinkan untuk berada pada tempat yang beliau inginkan, kemudian kembali ke tempat Aishah. Beliau menghabiskan minggu terakhir dari detik-detik kehidupan di sisi isteri tercinta iaitu Aishah RA.

Lihatlah bagaimana akhlak Nabi SAW dengan isteri-isteri beliau. Kalau diikutkan beliau tak perlu untuk minta izin kerana setiap perbuatan Nabi ada alasannya yang tersendiri. Kalau ingin berumahtangga, berumahtanggalah sebagaimana Rasulullah. Kalau ingin berpoligami, berpoligamilah sebagaimana sunnah Nabi Muhammad. Jika tidak mampu untuk berlaku adil, cukuplah dengan yang satu sahaja.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

‎وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا (3)

” Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap [hak-hak] perempuan yatim [bilamana kamu mengahwininya], maka kahwinilah wanita-wanita [lain] yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka [kahwinilah] seorang sahaja, atau hamba-hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya. (An-Nisa`: 3)

Bukan ingin atau anti kepada poligami, tapi lihatlah bagaimana kita mengurus untuk berpoligami. Terkadang kita telah menyakiti seorang insan wanita yang lemah, yang tiada daya dalam diam.

Moga hidayah Allah pandu kita semua.

Wallahua’lam.

Kredit : richworldtravel