Resipi Oreo Cheesecake Tanpa Bakar

BAHAN-BAHAN:

36 kepung biskut oreo
5 sudu besar mentega cair
800 gram krim keju
⅓ cawan gula
1 sudu besar esen vanila
1 cawan susu (suam)
8 gram gelatin

PENYEDIAAN:

* Pisahkan krim dari biskut oreo ke dalam 2 mangkuk yang berbeza.

* Letakkan biskut ke dalam beg plastik dan hancurkannya ke dalam serbuk halus dengan penggolek. Ketepikan 1/2 cawan serbuk untuk hiasan.

* Tuangkan serbuk biskut ke dalam mangkuk dan dicampurkan dengan mentega cair, gaul sehingga tekstur seperti pasir basah.

* Serbuk biskut ditekan supaya sama tebal di dalam kuali springform 9 inci. Ketepikan.

* Dalam periuk sederhana di atas api yang rendah, campurkan bersama krim keju, gula, krim oreo, dan esen vanila, kacau sehingga tiada ketulan.

* Dalam cawan ukur, campurkan susu dengan gelatin sehingga sebati. Tuangkan susu itu ke dalam campuran krim keju, terus kacau sehingga campuran mula menjadi gelembung sedikit. Keluarkan dari haba.

* Tuangkan campuran di atas serbuk biskut yg ditekan tadi. Menggunakan spatula atau sudu, rata bahagian atas.

* Taburkn serbuk biskut yang disimpan tadi di atas kek keju. kemudian simpan selama sekurang-kurangnya 4 jam.

* Buka springform pan, hiriskan dan hidangkan!!!

Credit : Kompilasariresepi.com