Wartawan TV3 diharap berhati-hati buat laporan !

Telah viral sekejap tadi berita oleh seorang wartawan tv3 mengenai keadaan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) yang baru dibuka dibangunan baru siap bersebelahan Pasar Chabang Tiga .

Saya ayah kepada pelajar di SRIDI terasa ingin menjawab mengenai perkara tersebut:

Banyak perkara tak betul dari yang betul:

1- Anak-anak diletakkan di dalam kelas yang kosong tanpa meja dan kerusi.

Sebenarnya disitu adalah surau dan disitu tempat utk transisi semua anak-anak darjah 1. Mereka dikumpulkan disitu dan solat dhuha disitu.

2- Tiada kelengkapan kerusi dan meja

Sebenarnya Semua 5 kelas mempunyai kerusi meja yang cukup untuk setiap pelajar jadi tak timbul isu pelajar kena duduk belajar diatas lantai

3- Kantin tiada sediakan makanan untuk dijual

Sebenarnya untuk pelajar sridi, ibubapa dah bayar yuran untuk makanan sebanyak rm140 untuk 2 kali makan sehari. Jam 10pagi dan jam 1 tengahari. Jadi makanan akan disediakan mengikut waktu yang ditetapkan.

4-Tiada air dan elektrik

Betul memang ada masalah air dan elektrik kerana belum dibuat pemasangan tapi bukan semua kelas. Kalau tak silap saya ada 2 kelas yang dah siap dipasang elektrik. Kipas dan lampu boleh digunakan.

Dan untuk masalah air para guru telah mengambil tindakan awal dengan memenuhkan semua tangki air yang ada didalam setiap kelas. Sebenarnya sangat memadai untuk penggunaan kecemasan.

Dan alhamdulillah pemasangan air dan elektrik telah selesai. Insya Allah selepas ni kelas akan masukkan karpet dan pendingin hawa untuk keselesaan anak-anak belajar.

Cuma diharapkan supaya pemasangan pagar disegerakan oleh pihak yang berkaitan.

Kredit : FB Mohd Syahir Mohd Yusof