Jangk1tan Virus Dekat Paru-paru, Puteri Aishah Mohon Doakan Agar Dia dan Pesakit Lain Cepat Sembuh

Selepas disahkan positif COV1D19 pada hari Selasa yang lalu, pelakon Puteri Aishah mengatakan dia mengalami sedikit jangk1tan virus itu pada paru-paru namun masih berada dalam keadaan yang baik.

Pelakon tersebut turut berterima kasih kepada doktor dan jururawat di Hospital Sungai Buloh kerana layanan yang sangat baik.

Puteri Aishah turut menyifatkan bahawa semua yang berlaku ini ada hikmahnya dan dia menasihati orang ramai agar mematuhi semua arahan dan per1ntah daripada pihak kerajaan.

Puteri Aishah kongsi keadaannya sekarang di Instastory

“Assalamualaikum semua , terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang mendoakan kesihatan puteri”

“Alhamdulillah, now Puteri still okay cuma ada sedikit jangk1tan virus kat paru-paru”

Dia juga ada memberi pesanan agar tidak mengambil mudah akan perkara ini dan berharap agar semua pihak mendoakan dia dan juga pesakit-pesakit lain supaya cepat sembuh.

“Let’s Fight This Together,” tulisnya

Apa-apapun kita doakan agar Puteri Aishah serta semua pesakit agar cepat sembuh dan negara kita dapat menangani masalah ini dengan seberapa segera. InsyaAllah.

Sumber : IG Puteri Aishah