Netizen Tidak Senang Dengan Anak Azhar Sulaiman Berkelakuan Terlalu S3ksi Di Media Sosial , Ini Respon Beliau.

Sejak akhir-akhir ini, keluarga pelakon Azhar Sulaiman sering diperkatakan lebih-lebih lagi mengenai anak gadisnya yang bernama Kasih Iris Leona.

Jika yang mengikuti Instagram Leona, anak kepada pelakon tersebut sangat suka memuat naik video aktiviti hariannya dan TikTok.

Pendek sangat seluar tu

Namun, terdapat beberapa netizen yang meluahkan rasa kurang senang terhadap penampilan gadis itu, ketika membuat video bersama kembarnya melakukan senaman, dengan memakai seluar pendek hitam.

https://www.instagram.com/p/B-ekzf4ApfK/?igshid=8r7ebxww1g8r

‘Kegilaan’ Leona jadi perhatian

Sedar akan teguran netizen terhadap anak gadisnya, Azhar Sulaiman dalam satu hantaran di Facebook telah menjelaskan bahawa dia sudah pun menasihati Leona.

Tambah Azhar, dia telah memantau kandungan Instagram anaknya itu dan meminta agar selepas ini adiknya kembarnya, Rees turut bersama-sama menasihati Leona agar tidak keterlaluan.

Melihat cara yang digunakan Azhar dalam menegur anak-anak, rata-rata netizen memberikan pujian kerana pelakon tersebut tidak mudah me1atah malah menerima teguran orang lain dengan pemikiran terbuka.

Tiada salah untuk menasihat dan menegur, yang penting gunakan bahasa yang baik dan tidak perlu untuk menghakimi orang lain.

Sumber : OMM