Puteri Aishah Disahkan Positif C0V1D19

Nampaknya selepas Pencetus Ummah (PU) Riz, pelakon Puteri Aishah pula disahkan positif COV1D-19. Perkara itu disahkan oleh oleh pengurusnya, Iman Tang menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.

Difahamkan Puteri Aishah baru pulang daripada menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Demi di Scotland bersama Ben Amir dan Hasnul Rahmat.

https://www.instagram.com/p/B-rV1Z3jUtb/?igshid=1vp1t4qruvtmr

Pelakon itu bersama beberapa kru penggambaran berangkat ke Scotland pada 15 Mac lalu dan pulang ke tanah air minggu lepas.

Dalam pada itu, BH Online melaporkan pasukan produksi drama Demi dikhabarkan sudah pun melakukan ujian saringan COV1D-19 di sebuah hospital swasta semalam.

Sumber : Rotikaya