“Saya Berjaya Lawan C0VID’”- Puteri Aishah Sembuh Sepenuhnya Selepas Disahkan Negatif Kali Kedua

Baru-baru ini pelakon Puteri Aishah telah disahkan positif COV1D-19. Difahamkan Puteri Aishah yang baru pulang daripada menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Demi di Scotland telah disahkan positif oleh pengurusnya Iman Tang.

Turut sama yang disahkan positif ialah Ashraf Muslim dan beberapa orang kru penggambaran yang telah berangkat ke Scotland pada 15 Mac lalu.

Namun apa yang mengembirakan pelakon tersebut ialah beliau telah disahkan sembuh sepenuhnya hari ini selepas 11 hari di tahan kerana wabak C0vid19 itu.

“Allahuakbar ,bila nurse kak zue cakap result puteri negatif , puteri terus shaking satu badan rasa syukur happy sangat”

“Lepas 11 hari dalam ward di Hospital Sungai Buloh , pagi tadi pukul 12 puteri buat second swab, dalam tengah hari nurse kata puteri negatif, U are free from C0vid!” tulisnya

https://www.instagram.com/p/B_HM3w_Dxij/?igshid=dnbtqkdjp6e5

Dia juga mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada barisan petugas kesihatan dan semua sebab sentiasa mendoakan kesembuhannya.

Rata-rata peminatnya turut mengucapkan rasa syukur diatas kesembuhan pelakon tersebut.

Sumber : IG Puteri Aishah