Setelah 2 Tahun Menanti,Fattah & Fazura Bakal Menimang Cahaya Mata

Pelakon popular, Nur Fazura Sharifuddin berkongsi berita gembira dirinya hamiI empat bulan.

Fazura, 36, memberitahu, dia tidak mengalami alahan seperti yang sering dihadapi ibu meng4ndung.

“Sejak disahkan berbadan dua, belum pernah lagi saya mengalami alahan teruk atau muntah-muntah pada waktu pagi seperti kelazimannya. Cuma ada rasa penat sedikit.

“Saya bersyukur kerana Tuhan mempermudahkan urusan saya. Mujur juga tiada a1ahan, kalau tidak, mesti ramai yang boleh hidu berita keh4milan saya ini.

“Walaupun tanpa alahan tapi rasa mengidam itu tetap ada dan boleh dikatakan sepanjang masa. Sebelum ini, saya tak suka masakan pedas tapi sejak meng4ndung, saya jadi suka pula,” katanya eksklusif kepada BH Online.

Ditanya perasaan sebaik mendapat tahu dia bakal bergelar ibu, isteri kepada pelakon Fattah Amin ini berkata, pada awalnya, dia ragu-ragu dengan hasil ujian yang ditunjukkan alat pengesan keh4milan.

“Memandangkan soal keh4milan adalah bersifat peribadi dan tak mahu heboh pada peringkat awal, saya memilih menggunakan alat pengesan keh4milan dan hasilnya positif.

“Masih tak puas hati, saya lakukan ujian buat kali kedua dan hasilnya tetap sama iaitu positif. Untuk lebih yakin, saya buat lagi ujian sama. Kali ini  saya menggunakan alat pengesan keh4milan digital dan tertera di skrin mengatakan saya hamil.

“Selepas tiga kali melakukan ujian, barulah saya benar-benar yakin diri berbadan dua,” kata pelakon Dendam Pontianak ini.

https://www.instagram.com/p/B_Eo0A0FNRb/?igshid=1mohjzbe3tu7i

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 selepas dipertemukan dalam drama bersiri, Hero Seorang Cinderella.

Dalam perkembangan berkaitan, penyanyi Bisa Apa ini merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan agar mereka segera menimang cahaya mata.

“Sejak mendirikan rumah tangga, kami sentiasa percaya dan menyerahkan kepada Yang Maha Esa terhadap apa juga rezeki atau dugaan yang diberikan oleh-Nya.

“Alhamdulillah, berkat doa  kami, keluarga tersayang, rakan-rakan dan peminat, akhirnya impian kami dimakbulkan,” kata Fazura yang turut berkongsi berita keh4milannya itu di Instagram (IG).

Ramai yang mendoakan dan mengucapkan tahniah kepada Fazura di laman Instagramnya. Baru sahaja 1 jam dimuat naik tentang berita tersebut, dia sudah mendapat hampir 10,000 komen di laman Instagramnya.

Semua rakan artis tidak melepaskan peluang untuk turut meninggalkan komen bagi mengucapkan tahniah diatas berita yang mengembirakan itu.

Sumber : BH Online