Status Instagram Puteri Aishah Dik3cam Warganet Selepas Disahkan Positif C0V1D19, Ini Puncanya

Dua hari lepas heboh di media sosial berkenaan seorang pelakon bernama Puteri Aishah disahkan positif COV1D-19 selepas menjalani ujian saringan di sebuah pusat perubatan swasta di Cheras.

Berita itu dimaklumkan sendiri oleh pengurus pelakon tersebut iaitu Iman Tang melalui entri di laman instagramnya.

Puteri Aishah atau nama penuh, Puteri Aishah Sulaiman adalah antara 18 tenaga kerja produksi drama yang menjalani penggambaran di Inverness, Scotland, bulan lalu. Dia disahkan positif bersama beberapa krew pengambaraan yang lain.

Namun , apa yang menjadi topik hangat warganet adalah mengenai status yang dimuat naik oleh pelakon tersebut di laman instagramnya sebelum berangkat ke Scotland.

 

 

 

Dalam statusnya itu , pelakon tersebut ada menulis “ Saya memilih Turkish Airlines sebab ianya selamat dan bersih, korang boleh tengok diorang bersihkan setiap tempat dan setiap penjuru,”

“Sekarangkan musim C0v1d19 , kenalah berhati-hati nak pergi mana nak sentuh apa-apa, jadi saya buat pilihan yang tepat dengan Turkish Airlines,” tulisnya.

Statusnya itu mengundang k3caman warganet.


“C0v1d19 ni buta dik , dia tak kenal mana turkish airlines mana air asia , dia hentam semua dik,”

“Sebelum post benda ni,diorang tak pakai otak ke?”

“Keluar rumah je otak tertinggal”

Disebabkan statusnya itu, rata-rata netizen meninggalkan komen yang negatif kepada pelakon tersebut kerana menganggap seolah-olah mereka selamat kerana menaiki turkish airlines untuk ke Scotland.

Apa-apapun kita doakan agar Puteri Aishah dan semua krew pengambaran yang disahkan positif pulih sepenuhnya seperti sediakala.

Sumber : Twitter Roman Akramovich