Tak Pernah Kutuk Berat Badan Teman Wanita & Sentiasa Bagi Dorongan, Ini Hasilnya Selepas 5 Bulan

Memilik berat badan berlebihan sering dijadikan bahan ejekan oleh sesetengah individu.

Sesungguhnya sangat perit apabila sering ditertawakan gara-gara memiliki berat berlebihan lebih-lebih lagi kepada wanita. Nak dapatkan bentuk badan ideal tak dinafikan agak susah, tapi proses tersebut mengajar kita untuk lebih menghargai diri sendiri dan orang yang sentiasa berikan dorongan positif.

Tak pernah cakap berisi bila dia tanya…bagi galakan serta sokongan & ini hasilnya lepas 5 bulan

Itulah yang dilakukan oleh pemuda bernama Irfan Khai ini yang memainkan peranan besar dalam journey transformasi penampilan teman wanitanya.

Jika lelaki lain mungkin sudah lama reject partner yang agak berisi, tapi pemuda ini lakukan perkara sebaliknya. Di samping setia kepada gadis pilihan, dia turut menjaga perasaannya dan memberikan galakan untuk gadis tersebut jadi lebih sihat. Siapa sangka, hasil transformasi 5 bulan selepas itu nyata cukup mengagumkan.

3 kali diet baru menjadi…tak sentuh langsung segala makanan viral

Menurut Irfan, teman wanitanya pernah cuba beberapa rutin diet tapi gagal membuahkan hasil. Tapi setelah jumpa kaedah yang sesuai dan efektif, dia terus mengamalkannya sampai jadi slim macam gambar di bawah.

Di samping mengamalkan senaman seperti jogging, gadis tersebut juga ‘pantang’ daripada menjamah makanan segera atau menu viral yang kurang berkhasiat.

Tak semua orang kuat semangat…itulah sebab tak jatuhkan dia even sikit pun

Mengakui wanita amat sensitif terhadap perkara sebegini, Irfan menyatakan langsung tak pernah langsung menyindirnya tapi menggalakkan insan yang dicintainya untuk jadi lebih sihat lagi.

Dalam pada itu, pemuda ini turut berkongsi beberapa tips rutin makan dan diet harian yang diamalkan oleh gadis manis tersebut. Secara keseluruhannya, entri berikut telah berjaya meraih lebih 6 ribu retweets dan menjadi sumber inspirasi kepada ramai netizen.

Semoga menjadi inspirasi buat semua pasangan untuk memberi dorogan dan semangat kepada pasangan masing-masing.

Sumber : Kisah Dunia