Mulanya Hanya Benjol Kepala Terhantuk Di Kerusi, Adik Iman Akhirnya Pergi Temui llahi

Tidak dapat digambarkan perasaan ibu bapa mendapat berita sebegini.Selepas sembilan bulan menderlta, Muhammad Iman Al-Khausar Ismail yang terhantuk kepala di kerusi sehingga mengalami benjoIan disahkan menlnggal dunla semalam.

Berita sedlh tersebut dikongsi ibunya, Nursasabila Kamarulzaman di laman Facebook yang memberitahu kanak-kanak berusia tiga tahun itu telah pergi menemui IIahi setelah lama menanggung kesakltan.

Al-Fatihah!

18.08.2017 – 19.06.2020 anak syurga pulang pd penciptanya..alfatihah#muhammadimanalkhausar

Posted by Nursasabila Kamarulzaman on Friday, 19 June 2020

Posting berkenaan menerima ratusan komen netizen yang rata-ratanya mengucapkan takzlah serta berharap dia dan seluruh keluarga tabah menghadapi kehiIangan tersebut.

Selesai sudah perjalanan mu sayang

Alhamdullilah… Selesai sudah perjalanan mu sayang….Muhammad Iman Al Khausar Bin Ismail ❤️Cikcah Dan abg Iman blk…

Posted by Wan Siti Aisyah on Friday, 19 June 2020

Posting dikongsi sebelum ini

Sekelip mata berubah! Sebelum ini dialah penghibur hati keluarga namun setelah kejadian yang berlaku baru-baru ini semuanya bagai tak percaya Allah uji dengan ujian yang begitu besar.

Bermula dengan hanya terhantuk di kerusi ketika bermain dan benjol biasa sahaja, adik Muhammad Iman Al Khausar Bin Ismail dah tak mampu bermain dan banyak berdiam diri serta sesekali merengek sakit sejak daripada itu.

Menurut ibunya, Nursasabila Kamarulzaman, anak sulungnya ini seorang kanak-kanak yang sangat riang dan petah berkata-kata. Namun ketentuan Allah sudah tertulis, Allah uji kami dengan ujian yang langsung tak pernah pun terlintas di fikiran.

“Hanya dengan terhantuk biasa sahaja di kerusi dan bukanlah jatuh di tempat yang tinggi atau terhantuk yang menyebabkan dia luka, segalanya berubah dalam masa dua minggu,” katanya.

Tambah Nursasabila, selepas kejadian itu, mereka suami isteri telah bawa Iman ke hospital untuk periksa keadaan kepalanya. Selepas ujian x-ray dibuat menunjukkan memang ada kesan benjol jatuh tapi tiada kesan retak atau kec3deraan serius.

“Kami pulang dengan perasaan tenang tapi selepas seminggu Iman demam on off dan bawanya ke klinik swasta untuk rawatan dan diberikan antibiotik. Seminggu makan antibiotik, keadaan Iman masih lagi tak baik. Demamnya masih lagi on off.

Jadi kami ambil keputusan untuk bawa Iman ke hospital semula untuk follow up k3s Iman jatuh tu. Dalam tempoh itu nampak benjol dikepalanya makin besar sedikit dari sebelum itu.

Hasil CT scan Iman menunjukkan memang ada pend4rahan di dalam kepala Iman. Luluh dan remuk hati mama mendengar ape yang pihak hospital katakan. Iman terus dimasukkan ke wad dan bantuan darah diberikan.

Doktor Jumpa Ketumbuhan Di Depan Kepala & Belakang Bola Mata

Kongsi Nursasabila lagi, semasa di wad doktor ada memanggil kami untuk memaklumkan hasil CT scan yang dibuat tu juga ada dijumpai ketumbuh4n di kepala bahagian hadapan dan dibelakang bola mata Iman.

Ketumbuhan itu terjadi dari kelenjar yang aktif dan semakin teruk bila Iman demam dan darah dijangk1ti kuman. Seminggu Iman di wad diberi antibiotik untuk membunuh kuman yang ada. Tapi Iman tetap demam.

“Jadi doktor cadangkan untuk ambil air sum-sum tulang belakang. Tujuannya diambil untuk mengenalpasti jenis kuman dan penyakit yang dialami Iman. Kami akan menunggu keputusan dari pihak hospital walaupun ia pahit untuk ditelan.

Namun semalam, anak syurga tersebut telah pulang kepada Pencipta-Nya.Kisah kanak-kanak yang dilahirkan secara normal itu sering dikongsi oleh pengguna media sosial yang prihatin dengan nasibnya selain memberi kata-kata semangat buat keluarga Allahyarham.

Sumber : OMM