Pakcik OKU Sanggup Berjalan Tengah Panas, Rajin Cari Rezeki Jual Ikan Untuk Sara Hidup

Kisah Pak Cik Tahir yang menyentuh hati semua

Memegang status orang kurang upaya (OKU) bukan menjadi penghalang buat seorang lelaki warga emas ini untuk mencari pendapatan demi memenuhi keperluan hidup.

Warga emas yang dikenali sebagai pakcik Tahir itu membawa beberapa bungkusan plastik yang berisi ikan segar untuk dijual di sekitar kawasan Pantai Puteri, Melaka.

Sebuah video yang dirakam seorang pelanggan kemudiannya dikongsi di group Facebook Geng Viral Melaka sehingga mengundang perhatian warganet.

Menerusi rakaman berdurasi seminit 26 saat itu, pakcik berkenaan kelihatan gembira apabila jualannya dibeli oleh pelanggan sebelum meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki ke kawasan lain.

Posting tersebut mendapat ratusan tanda suka selain netizen memberi pelbagai reaksi dimana terdapat segelintir mengenali pakcik Tahir dan menceritakan kebaikan yang dilakukannya.

Namun terdapat juga individu mendoakan pakcik Tahir supaya diberi kesihatan yang baik selain dipermudahkan urusan dalam mencari rezeki.

Dia selalu belanja orang makan

Rajin berjemaah di masjid

Moga diberi kesihatan & bertambah rezeki

Tonton video penuh disini

Semoga pakcik Tahir diberikan kesihatan yang berpanjangan dan semoga dipermudahkan segala urusan dalam menjalani kehidupan seharian.

Sumber : Borakdaily