Pelbagai Cabaran & Rlntangan Ke Rumah Orang Susah, Ebit Lew Pohon Doa Di Sabah

Baru-baru ini Ustaz Ebit Lew telah berlepas ke Sabah bagi meneruskan misi bantuan yang telah menjadi rutin harian beliau.

Namun cabaran dan kesukaran yang dihadapi oleh UEL disana agak berbeza jika dibandingkan dengan bantuan yang dilakukan oleh beliau di semenanjung Malaysia.

Kene naik bot , lalu jambatan gantung

“Sayu hati di Sabah. Orang Sabah baik-baik,peramah dan mudah mesra. Cepat rapat walau kali pertama jumpa. Semua senyum ceria jer. Menjejaki orang susah buat hati saya rasa sedlh jer sayu. Nak jumpa seseorang kena naik bot. Lalu jambatan gantung.”

Dah suku jalan patah balik

“Tadi di kg rangalau Kota Belud. Saya tak berani naik tinggi macam ni. Dah suku patah semula di Jambatan gantung. Tapi bila kenangkan dan rasa sayang pada seorang makcik tinggal dalam khemah sebelah sana. Alas tanah. Terus jadi berani.Bergoyang rasa. Jambatan tu macam berpusing. Pandang ke bawah tkut rasa. Kena pandang depan. Tapi tengok anak kecil boleh berlari jer dari hujung ke hujung. Ya Allah tuhanku.”

”Kasih sayang itu buat seorang lelaki berani, kuat bekerja cari ilmu buat isteri dan anak-anak. Isilah hati dengan cinta dan kasih sayang. Itulah kekuatan dalam perjuangan hidup ini.”

“Pohon doakan yer sebak tengok orang Sabah. Semoga Allah mudahkan dan bukakan jalan buat mereka semua.”

Rumah buluh tiada api tiada letrik

Sebelum itu, beliau singgah memberi bantuan di sebuah rumah yang hanya diperbuat daripada buluh.

“Sebak. Rumah buluh jer. Kakak bangsa Dusun Non Muslim. Kakak ni oku. Anaknya tak sekolah dah. Tiada elektrik. Air bukit.Rumah tu kosong jer takde apa-apa. Ada 1 tilam dah bruk. Suaminya kena bawa isteri ulang alik hospital untuk rawatan.”

“Saya beri hadiah tilam dan minta ngo tempatan untuk urus elektrik. Saya nak bayarkan bil-bil. Dan tanya anak kakak ni nak sekolah. Dia nak sekolah. Sedlh pula rasa. Orang sus4h.”

“Doakan ye buat kakak ini. Semoga keluarga ini dimudahkan segala urusan.”

Semoga segala urusan Ustaz Ebit Lew dalam memberi bantuan dan dakwah dipermudahkan oleh Allah.

Sumber : Ebit Lew