“Saya Hanya Menyewa…” – Didakwa Hidup Makin Mewah, Sugu Pavithra Nafi Beli Rumah Baru

Akhir-akhir ini heboh diperkatakan mengenai YouTuber, Sugu Pavithra, ada yang mendakwa pasangan tersebut sudah mula menjalani kehidupan yang mewah sejak berpindah ke rumah baru.

Menjelaskan perkara sebenar berkenaan membeli rumah, M. Sugu, memberitahu bahawa dia dan isteri serta anak-anak berpindah ke rumah baharu bukan kerana memperolehi sumber pendapatan lumayan hasil video masakannya di Youtube.

Mereka berpindah kerana dia telah berhenti kerja di ladang, justeru dia berpindah dari kuarters pekerja yang disediakan khusus buat pekerja ladang sahaja.

Sewa sahaja, bukan beli

Berkenaan membeli rumah pula, dia dan isteri tidak membeli rumah tersebut sebaliknya hanya hanya menyewa dengan membayar RM400 sebulan.

“Rumah baharu ini pun bukan saya beli, saya hanya menyewa dengan membayar RM400 sebulan…”

Nak cari kerja tetap

Sugu menambah, dia sudah merancang untuk mencari pekerjaan tetap yang lain berdekatan dengan kediamannya sekarang, di samping terus memberikan komitmennya bersama isteri, S. Pavithra dalam menghasilkan video-video masakan seperti biasa.

“Semua orang mahu berikan yang terbaik buat keluarga, begitu juga saya. Saya pun ingat nak cari kerja lain selepas ini. Tak bolehlah duduk rumah lama-lama…”

Setakat ini, jumlah tontonan dan subscribers semakin menunjukkan peningkatan, iaitu sebanyak 600,000. Semoga Sugu dan Pavithra terus maju jaya dan menjadi contoh kepada mereka semua diluar sana untuk mengikuti jejak langkah mereka.

Sumber : Gempak