Selepas 24 Tahun Menanti, Wanita Syukur Selamat Lahir Zuriat Pertama

Setiap pasangan yang berkahwin sudah pasti mengimpikan untuk memiliki cahaya mata. Namun,rezeki manusia itu berbeza-beza dan tidak semua dapat memiliki cahaya mata pada usia awal perkahwinan. Ada yang terpaksa menanti dan menunggu untuk satu tempoh yang agak lama sebelum dapat memilik cahaya mata.

Begitulah kisahnya dengan sebuah pasangan ini.Selepas menanti zuriat selama 24 tahun, seorang wanita yang dikenali sebagai Fazilah hilang kata-kata apabila selamat bersalin bayi perempuan di Hospital Besar Ipoh, Perak pada 5 Jun lalu.

Menerusi laman Facebook, ibu berusia 43 tahun itu memuat naik beberapa keping gambar dengan meluahkan rasa syukur atas kurniaan cahaya mata itu selepas melakukan pelbagai usaha, ikhtiar dan doa.

Menurut Fazilah, tiada pasangan suami isteri yang tidak ingin memperoleh zuriat sebaliknya mereka perlu percaya dengan rezeki masing-masing yang ditetapkan Allah SWT.

Syukur pada Allah! Anugerah terindah

Bercerita mengenai anugerah terindah itu, dia percaya terdapat hikmah di sebalik semua ujian tersebut selain menamakan anaknya dengan nama Nur Fasihah Qhadeejah Mohamad.

“Walaupun di usia yang sudah lewat, kegembiraan dalam tang1san penantian yang ditunggu-tunggu akhirnya Allah makbulkan,” katanya.

Bagi pasangan yang menanti cahaya mata, insyaAllah satu hari nanti

“Anak adalah anugerah dan amanah dari Allah. Bagi pasangan yang menanti cahaya mata InsyaAllah satu hari nanti Allah akan rezekikan untuk kita jua, kerana semua atas kehendaknya..”

Posting tersebut dihujani ucapan tahniah netizen yang kagum dengan kesabaran Fazilah serta suami selain mendoakan yang terbaik untuk anaknya.

Antara gambar yang dikongsi

Semoga mereka yang masih menanti ketibaan cahaya mata dipermudahkan rezeki oleh Allah dan dikurniakan cahaya mata dengan secepatnya. InsyaAllah,Aamin.

Sumber : Fazilah