Fattah 100 LeIaki PaIing Kacak Di Dunia

Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin menjadi satu-satunya caIon mewakili Malaysia yang tersenarai dalam TC Candler’s 100 Wajah Paling Tampan 2020.Fattah Amin atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin tercalon untuk pencaIonan Lelaki Paling Tampan 2020 menerusi pengumuman di laman Instagram rasmi @tccandler pada 1 September lalu.

PencaIonan adalah berdasarkan undian dan k0men terbanyak yang dilakukan oleh peminat di saluran YouTube rasmi TC Candler, sebelum memilih calon terakhir untuk 100 Wajah Paling Tampan 2020.

Antara selebriti lain dalam senarai tersebut termasuk bintang K-Pop seperti V (BTS), Hyun Bin, Tzuyu (TWICE), Lucas (NCT), dan Suho (EXO).

Untuk rekod pada tahun 2018, bintang filem Crazy Rich Asians iaitu Henry Golding berada di tempat ke-84 manakala pelakon filem Aquaman, Jason Momoa menjuarai senarai lelaki terkacak dunia.

TercaIon lelaki paling sekksi pada tahun 2018

Sebelum ini, Fattah Amin muncul sebagai satu-satunya selebriti Malaysia yang berada dalam senarai 100 Lelaki Paling Sekksi Dunia pada tahun 2018.

Berada di kedudukan ke-76, Fattah yang juga suami pelakon jelita, Fazura itu meninggaIkan beberapa lelaki Asia antaranya pelakon Korea Selatan, Jung Hae-In dan pelakon Thailand, Max Nattapol.

Perkara itu turut dikongsikan sendiri oleh Fattah menerusi akaun Instagramnya dan Fazura.

Senarai 100 leIaki paling sekksi dunia 2018 itu dikeluarkan oleh sebuah laman web Starmometer berdasarkan undian peminat di Facebook, Instagram dan Twitter.

Senarai 100 lelaki paling sekksi dunia 2018 itu mengangkat anggota kumpulan BTS dari Korea Selatan, Jungkook sebagai lelaki paling sekksi tahun tersebut.

Selain itu, beberapa nama besar turut tersenarai dalam 10 lelaki paling sekksi dunia 2018 antaranya, Pietro Boselli, Chris Pine, Ansel Elgort, Harry Styles dan Park Seo-Jun.

Manakala, peIakon negara jiran Indonesia, Joe Taslim berada di kedudukan ke-30 dalam senarai itu.

Sumber: TC Candler via OMM